Tuesday, August 18, 2009

kepada yang masih peduli

terdapat beberapa ralat yang ingin dinyatakan di sini.

pertama sekali mengenai pemilihan bahasa. blogger kebiasaannya memilih bahasa inggeris sebagai medium perantaraan mungkin kerana sudah terbiasa walaupun pada hakikatnya tahap penguasaan kosa kata bahasa inggeris blogger sendiri tidaklah setinggi mana. perkara ini tidak disengajakan dan hanya disedari setelah ditegur oleh adik blogger sendiri. maka, blogger memastikan lebih banyak entry berbahasa kebangsaan pada masa akan datang; itu pun jika masih ada yang mahu terus membaca atau peduli

ralat kedua ialah berkenaan sensasi blog. kepada pembaca atau yang mengikuti blog ini pasti akan bosan (jika tidak sedikit, banyak) memandangkan tiada apa yang sensasi untuk dikongsikan melainkan apa yang dilalui oleh blogger sendiri. tiada drama untuk ditayangkan mahupun pihak untuk dijatuhkan. hanya apa yang dilalui sendiri untuk dikongsi bersama; itu pun jika masih ada yang mahu terus membaca atau peduli.

ketiganya, keterlewatan entry. memandangkan blogger sudah memasuki alam pekerjaan sebagai penjawat awam, masa agak terbatas memandangkan komitmen terhadap bidang baru ini masih memerlukan perhatian yang sewajarnya. kendatipun begitu, ini tidaklah bermakna blog ini akan terbiar bersawang sebegitu saja. entry-entry masih akan diletakkan untuk tatapan dan dikongsi bersama; itu pun jika masih ada yang mahu terus membaca atau peduli.

pemerhati.yang.tidak.sempurna

2 comments:

NisYa said...

hahahahahha!!!

BM - FAIL!!!!

:p

Dona said...

Aku masih peduli